Kalau ditanya kenapa saya guna Latex :
1- Auto numbering untuk heading, section dan subsection, gambar rajah, diagram, table dan sebagainya. Jadi tak perlu pening kepala nak trace diagram ni nombor berapa, dan kalau masuk diagram baru semua nak kena check balik. Saya tak pasti word processor ada sokong ke tidak ciri-ciri (feature) ini
2- Untuk citation pun dengan mudah kita boleh beralih format, katalah IEEE ke APA dan sebagainya, dengan sokongan BibTeX. Seperti yang saya sebut di dalam posting lain, contohnya untuk IEEE, sistem penomboran citation itu dilakukan secara automatik, seperti yang dilakukan oleh EndNote, satu perisian pengurusan citation (komersial, tapi universiti-universiti ada yang beli. Contohnya USM punya EndNote boleh download di laman web mereka oleh pelajar USM)
3- Layout dan font yang menarik (by default!)
4- Sokongan teks Arab/Jawi dengan menggunakan ArabTeX (dibangunkan oleh seorang profesor di Jerman)
Untuk memahami bagaimana proses penulisan fail Latex (dengan extension *.tex) sehinggalah kepada format PostScript (*.ps) dan akhirnya PDF (*.pdf), rujuk carta alir berikut: