Editor Lateks

Sebenarnya saya ingin memulakan tutorial di sini sedikit demi sedikit dengan aliran yang sekata, tetapi disebabkan saya hanya boleh menulis sekiranya idea datang, maka saya akan letakkan “cloud tag” di tepi supaya pembaca boleh memilih untuk memilih mana-mana tajuk yang diinginkan.

Untuk menulis fail Latex, secara asasnya, kita boleh menggunakan mana-mana penyunting teks seperti NotePad, WordPad dan lain-lain. Tetapi, penyunting yang dipilih seboleh-bolehnya perlu memenuhi kriteria berikut:

-mempunyai sokongan syntax highlighting
-tidak memerlukan anda compile setiap kali melakukan perubahan
-mempunyai auto completion (tetapi kadang-kadang saya rasakan agak mengganggu proses penulisan)

Antara penyunting Latex mengikut platform sistem operasi:

Linux:
Kile (berasaskan KDE)
TexMaker
Emacs
VI

Windows:
WinEdt
-LEd
-TexMaker
-EmacsW32 (Emacs untuk Windows)
-GVIM

Macintosh:
-TexShop

2 thoughts on “Editor Lateks

Leave a Reply

Your email address will not be published.