Pengenalan Latex

Saya telah lama terdengar mengenai Latex, terutamanya dari bro Root/Bahathir yang selalu mengesyorkan Latex untuk tujuan penulisan (dan kadang-kadang advokasi Emacs), tetapi saya belum tergerak untuk menggunakannya.

Selain itu, Dr Azzudin yang mendapat ijazah kedoktoran di Poland, rakan di pejabat saya turut mengatakan yang beliau menggunakan LaTeX untuk membuat kertas soalannya, apabila saya menanyakan kepada beliau bagaimana menulis notasi matematik pada kertas soalan yang ditulisnya.

Sehinggalah pada suatu hari, saya diminta oleh seorang editor syarikat di Amerika untuk menghantar satu bab dalam buku mereka yang akan diterbitkan bagi dinilai.

Pada mulanya saya hanya menggunakan cara konvensyional, di mana saya menggunakan pemprosesan kata seperti MS Word / Open Office. Tetapi apabila saya mula ke tahap menambahbaik sorotan kesusasteraan saya (literature review), saya mula menghadapi masalah untuk membetulkan citation dan sebagainya. Sebagai contoh, jika menggunakan citation jenis IEEETrans, seelok-eloknya susunan rujukan pada perenggan pertama adalah mengikut jujukan 1,2… sehingga akhir. Saya pernah melihat kertas persidangan yang memulakan citation dengan nombor entah keberapa, yang menunjukkan penulis tidak menggunakan tools untuk memperbetulkan catatan citationnya.

Rakat sepejabat saya, joey mengesyorkan BibTeX, yang dicipta untuk digunakan bersama LaTeX. Yang demikian menyebabkan saya “terpaksa” belajar LaTeX, alhamdulillah dalam masa kurang dari seminggu saya berjaya memindahkan tulisan saya ke dalam format LaTeX.

BibTeX memudahkan kerja saya di mana saya boleh memilih format citation seperti APA, IEEETrans, dan sebagainya dengan mudah.

One thought on “Pengenalan Latex

  1. Alhamduilillah, walaupun dalam bentuk 'paksaan', sekaran anda sudah jelas kenapa LaTeX masih lagi bertahan sejak 3 dekad lalu hingga ke hari ini. Tujuan asal LaTeX dicipta bagi memudahkan ahli akademik untuk mencetak bahan terbitan yang bekualiti. Bayangkanlah, pada 30 tahun dulu, mana ada perisian pemeroses kata WYSIWYG, tapi mereka dapat juga terbitkan artikel, journal dan buku ilmiah dengan formula-formula matematik yang amat cantik sekali.

    Itulah yang dikehendaki oleh Prof. Dr. Donald Knuth, seorang pakar sains komputer, yang tidak berpuas hati kerana artikel yang dicetak oleh syarikat percetakkanya tidak tepat dari apa yang sepatutnya. Bidang sains dan matematik amat memerlukan kejituan, kerana tersalah simbol, operasi and angkubah dalam fugnsi formula dapat memberi makna yang jauh berbeza dari yang dikehendaki. Ya, TeX dicipta oleh PAKAR sains komputer untuk pakar-pakar lain. Jadi tidak hairanlah kita lihat ramai Prof-prof, Dr. Dr. di universiti diluar negara khasnya, tahu guna TeX atau LaTeX ini.:)

    Saya pernah memperkenalkan TeX kepada rakan-rakan dalam forum tempatan, kerana saya rasa ianya sangat berguna, walaupun untuk kerja-kerja dokumentasi biasa. GNU Emacs hanyalah alat/tool, dan bukanlah maksud saya untuk promo GNU Emacs sangat. Tak kisahlah anda nak guna penyunting apa pun untuk menyunting fail TeX ini. Terdapat pelbagai 'plugin' untuk GNU Emacs yang amat berguna dan mempercepatkan kerja suntingan, anda saya syorkan AUCTeX, seperti saudara kita sarankan diatas tadi.

    Untuk preview, sekarang saya lebih gemar bayangkan 'preview' didalam minda saya, tanpa perlu sebarang pertolongan visual. Untuk permulaannya, tool untuk preview boleh digunakan bagi memudahkan kerja dan penggunaan TeX ini. Anda boleh buka tetingkap xdvi dan 'resize'kan kepada saiz yang membolehkan anda melhat skrin penyunting serentak. Anda 'compile' fail TeX dan xdvi akan mengemaskini paparan secara otomatik. Tak perlu apa-apa plugin pun. Kacang kan.:)

    Baguslah, saudara sudah mula berjinak-jinak dengan TeX dan jadilahnya sebaga sahabat karib anda.

    Semoga sama-sama mendapat menafaat dan selamat maju jaya.

    Yang benar,
    root.

Leave a Reply

Your email address will not be published.